Saturday 1 October 2011

Teknologi Maklumat - Kepentingan Kepada Murid

ICT dalam P & P
Penggunaan teknologi ICT oleh murid membolehkan murid mencari maklumat dengan lebih meluas dan pantas. Hal ini demikian kerana pada zaman yang moden ini segala maklumat yang diperlukan hanya terletak di hujung jari anda. Kita tidak boleh hanya mempercayai maklumat yang ada pada buku kerana kemungkinan ia mempunyai unsur-unsur tokok tambah. Oleh itu, penggunaan ICT amat penting untuk memberikan kita maklumat yang sangat jelas.

Penggunaan ICT juga dapat mengisi masa lapang murid dengan melayari laman-laman web yang berfaedah. Hal ini dapat mengurangkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti luar yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, bersembang kosong dan banyak lagi. Ibu bapa juga perlulah bertanggung jawab manghantar anak mereka mempelajari penggunaan ICT supaya kecerahan masa depan anak mereka terjamin.

No comments: