Saturday 1 October 2011

Teknologi Maklumat Dalam Sistem Pendidikan

Komputer
          Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan untuk merangkumi banyak aspek pengkomputeran dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenali berbanding dengan dahulu. Di dalam era globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat telah menjadi pemangkin kepada ledakan komunikasi dan dikenali sebagai teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih gemar dirujuk sebagai Information Communication Technology (ICT). ICT adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Merujuk kepada senario negara kita, ternyata implikasi ICT telah membawa perubahan yang amat besar di dalam memacu kepestan sektor-sektor utama seperti ekonomi dan perniagaan, pentadbiran, telekomunikasi, kesihatan, pengangkutan, perkhidmatan dan bidang pendidikan.
          ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang mentokong teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam p & p membolehkan aktiviti dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Konsep pelaksanaan ICT dalam pendidikan negara dari kaca mata Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi 3 dasar utama, iaitu;
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar.
2.Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum  dan alat p & p.
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti,kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan.

No comments: